Nasarudin Hashim

Dato' Mohd Nasharuddin Hashim merupakan ADUN Bota, Perak setelah menang dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 pada 8 Mac 2008. Beliau seorang graduan dan bekas pegawai kerajaan di Wisma Putra dan Kementerian Penerangan.Beliau pernah menjadi ahli Parlimen Parit selepas menang pada 2004. Pernah menjadi Pengerusi Felcra Berhad selama dua tahun sejak Oktober 2006 - 16 Oktober 2008. Pengerusi Felcra terkini ialah Dato' Tajuddin Abdul Rahman.